Keluarga Saidi
Gambar Individu 1
Di Mana Kebenaran
Dalam bahasa Arab, perkataan "Islam" bermaksud "tunduk" atau "patuh". Jika seorang Muslim ditanya, "Apakah itu Islam?", biasanya dia akan menjawab, "Agama yang tunduk kepada Allah, satu-satu Tuhan yang benar."
Jawapan ini terlalu ringkas. Untuk memahami Islam yang benar, satu gambaran yang jelas yang diperlukan. Untuk mendapat gambaran yang jelas ini, satu penelitian sejarah diperlukan.
Islam Dalam Sejarah
Sebelum Islam bertapak di tanah Arab di bawah pimpinan Muhammad, terdapat empat jenis kepercayaan yang berpengaruh di sana.
1. Arab Jahiliah
Mereka ini penyembah-penyembah berhala yang percaya kepada satu Tuhan yang Maha Tinggi, dewa-dewi dan berbagai jenis kuasa ghaib. Walaupun begitu, sebilangan besar daripada mereka (terutamanya bani Quraisy di Mekah) mengaku diri mereka dari keturunan Ibrahim.
Rumah berhala mereka yang terkenal ialah Kaabah yang bertempat di Mekah. Di dalamnya terdapat berbagai objek-objek pujaan dan berhala.
2. Yahudi
Pada zaman Muhammad, terdapat ramai orang Yahudi di tanah Arab. Sebilangan besar dari mereka bukan Yahudi sejati melainkan yang telah memeluk agama Yahudi. Menurut Yaqubi, bani Yahudi Quazah dan Nadhir di Madinah merupakan suku-bangsa Arab Jurham yang telah diyahudikan.
Orang Yahudi pada masa itu lebih berpengetahuan tentang dongeng rakyat dan tulisan ulama mereka daripada apa yang sebenarnya di tulis dalam Taurat. Malah, ada yang telah lupa bahasa asal mereka dan tidak dapat lagi membaca kitab Taurat yang ditulis dalam bahasa Ibrani. Kerana ulama-ulama Yahudi sahaja yang memahami kitab Taurat, ayat-ayat dari kitab itu terpaksa diterjemahkan secara spontan ke dalam bahasa Arab dalam upacara-upacara sembahyang umum.
3. Kristian
Orang yang pertama menjadi Kristian ialah orang Yahudi. Mereka berbeza dengan orang Yahudi lain kerana menerima Isa sebagai Al-Masih yang telah dijanjikan Allah. Apabila semakin ramai orang bukan-Yahudi memeluk agama Kristian, mereka mula membentuk identiti mereka sendiri. Pada zaman Muhammad, orang Kristian telah wujud selama enam ratus tahun. Dalam masa yang singkat itu, agama Kristian berjaya menjadi agama utama di Timur Tengah.
Akan tetapi orang Kristian pada masa itu telah pudar semangat dan banyak ajaran-ajaran sesat telah berjaya memecahbelahkan penduduk Kristian kepada kelompok-kelompok yang bertentangan fahaman. Ramai orang keliru tentang fahaman Kristian yang benar terutamanya mereka yang tidak berpeluang membaca Alkitab (gabungan kitab Taurat, Mazmur dan Injil) untuk mengkaji isu-isu yang diperdebatkan.
Suasana ini merebak ke tanah Arab yang pada masa itu tidak memiliki Alkitab dalam bahasa Arab. Orang Kristian di tanah Arab pada masa itu terdiri dari golongan Nestoria, Baizantin dan Monofisit. Golongan Baizantin dan Monofisit merupakan dua golongan paling berpengaruh dan merekalah yang menimbulkan perbalahan apabila memanggil Maryam, Ibu Tuhan. Maka tidak hairanlah jika suasana seperti itu telah menghalang Muhammad daripada mendapatkan ajaran Kristian yang benar.
Akhirnya, penyebaran ajaran-ajaran sesat ini dapat disekat dan dibetulkan. Prosesnya mengambil masa yang lama kerana campur tangan berbagai pihak yang berkuasa. Apabila umat Kristian berjaya bangkit dari kemelut akidah yang telah memecahbelahkan mereka, Islam telah pun bertapak di Timur Tengah dan Afrika Utara.
4. Hanif
Perkataan Hanif bermaksud "Dia yang berpaling" iaitu daripada penyembahan berhala. Orang Hanif ialah orang Arab Jahiliah yang telah dipengaruhi oleh fahaman Yahudi dan Kristian lalu mereka menolak amalan penyembahan berhala. Mereka tidak berjemaah tetapi percaya agama yang benar ialah agama yang dipegang bapa bangsa mereka, Ibrahim.
Agama Yahudi, Kristian dan Islam masing-masing menuntut mewakili agama Ibrahim yang sebenar. Adalah menarik bahawa dari empat Hanif yang diceritakan oleh Ibn Ishaq, tiga daripada mereka menemui kebenaran yang dicari-cari mereka dalam agama Kristian.
Hanif yang pertama ialah Waraqah bin Naufal, sepupu Khatijah, isteri pertama Muhammad. Dia memeluk agama Kristian dan menjadi seorang Kristian yang terpelajar. Walaupun dia adalah saudara dan penasihat rohani Muhammad, dia tidak pernah memeluk agama Islam. Selepas kematiannya, Muhammad telah bermimpi melihat Waraqah berpakaian putih dan mengambilnya sebagai tanda Waraqah selamat di syurga.
Hanif kedua ialah Abdullah bin Jashy. Pada mulanya dia memeluk agama Islam tetapi kemudiannya memeluk agama Kristian setelah berhijrah ke Habsyah akibat penganiayaan di Mekah. Abdullah selalu bersaksi kepada pelarian Islam yang lain tentang pengalaman rohaninya yang baru itu. Dia pernah berkata, "Kami (Kristian) melihat dengan jelas tetapi kamu (Islam) mengerdip mata sahaja." Maksudnya jelas – Abdullah percaya bahawa orang kristian mempunyai pandangan yang jelas dalam hal-hal rohani manakala Islam masih belum berjaya melihat terang kebenaran Allah.
Hanif yang ketiga ialah Usman bin Huarith. Dia merupakan saudara isteri pertama Muhammad dan memeluk agama Kristian semasa di Baizantin.
Hanif yang keempat, Zaid bin Amru, tetap Hanif sampai akhir hayatnya. Dikatakan dia selalu berdoa, "Ya Allah. Jika aku tahu jalan mana yang paling Engkau berkenan, aku akan menyembah-Mu dengannya. Tetapi aku tidak tahu."
Sebelum kerasulannya, Muhammad merupakan seorang Hanif. Pada setiap tahun, di bulan Ramadan, dia akan pergi bertapa di Gua Hira yang berdekatan dengan Mekah. Amalan ini sebenarnya berasal daripada orang Kristian di Syria yang kemudiannya menjadi popular di kalangan orang Arab.
Mengikut ajaran Islam, kenabian Muhammad bermula pada satu malam pada bulan Ramadan apabila dia terdengar satu suara menyuruh dia "mengucap" (yakni ayat-ayat Al-Quran yang bakal diturunkan kepadanya). Suara ini didengarnya ketika dia sedang bertapa di Gua Hira. Apabila dia mempertimbangkan kata-kata tersebut, malaikat Jibrail telah menjelma dan memberitahunya, "Muhammad! Engkaulah rasul Allah."
Apabila ditanya sama ada orang Islam orang Yahudi atau Kristian, Al-Quran mengarahkan orang Islam untuk memberi jawapan ini:
Berkata mereka itu: Beragama Yahudilah kamu, atau beragama Nasrani, supaya kamu mendapat petunjuk. Katakanlah: Bahkan agama Ibrahim yang lurus (kami ikut), dan bukanlah dia termasuk orang-orang musyrik. Katakanlah: Kami telah beriman kepada Allah dan (Kitab) yang diturunkan kepada kami dan apa-apa yang diturunkan kepada Ibrahim, Ismail, Ishaq, Yaqub dan anak-anaknya (begitu juga kepada kitab) yang diturunkan kepada Musa dan Isa, dan apa-apa yang telah diturunkan kepada nabi-nabi dari Tuhan mereka, tiadalah kami perbezakan seorang juga di antara mereka itu dan kami patuh kepada Allah. Maka jika mereka beriman seperti keimanan kamu, sesungguhnya mereka mendapat petunjuk; tetapi jika mereka berpaling (tiada beriman seperti keimananmu), maka hanya mereka dalam perpecahan (dengan kamu); maka engkau akan dipeliharakan Allah dari kejahatan mereka, dan Dia Mahamendengar, lagi Mahamengetahui. (2 Surah Al-Baqarah ayat 135-137)
Apabila ayat-ayat ini yang dipandang dari sudut sejarah, maka jelaslah agama Islam merupakan satu panggilan untuk kembali kepada agama Ibrahim dan mesej nabi-nabi Allah. Apakah ini telah dilakukan penganut agama Islam? Apakah Islam hari ini mewakili agama Ibrahim, Ismail, Ishaq dan Yaqub yang sebenar? Apakah kitab Musa dan Isa ditaati hari ini oleh pengikut Islam?
Agama Ibrahim
(Ingatlah) ketika Tuhan berfirman kepada Ibrahim: Islamlah engkau! Jawabnya: Saya telah Islam(patuh mengikut) Tuhan semesta alam. (2 Surah Al-Baqarah ayat 131)
Siapakah yang terlebih baik agamanya dari orang yang menundukkan mukanya kepada Allah sedang ia berbuat kebaikan dan mengikut agama Ibrahim yang lurus? Allah telah mengangkat Ibrahim itu sebagai tolan (sahabat). (Surah An-Nissak ayat 125)
Agama Ibrahim ialah agama penundukan dan ketaatan kepada perintah-perintah Allah. Ibrahim menikmati banyak berkat kerana kejayaannya tunduk dan taat kepada Allah. Dia telah diberi anak yang soleh walaupun sudah berusia, anaknya ditebus Allah ketika Ibrahim patuh kepada arahan Allah (melalui mimpi) untuk menyembelih anaknya dan dia dijadikan imam bagi manusia. Akan tetapi berkat paling besar dialami Ibrahim ialah penghormatan menjadi sahabat Allah.
Bagaimana dengan anda hari ini? Apakah anda berjaya tunduk dan taat kepada perintah-perintah Allah Ibrahim, Ishaq dan Yaqub? Apakah berkat-berkat yang telah anda alami sebagai hasil kepatuhan ini? Apakah anda seorang sahabat Allah?
Mengapakah Allah berkenan kepada nenek moyang kita Ibrahim? Allah berkenan kepada Ibrahim kerana perbuatan Ibrahim, iaitu mempersembahkan Ishaq, anaknya di atas mezbah, sebagai persembahan kepada Allah. Kamu tidak nampakkah bahawa Ibrahim menunjukkan imannya dengan perbuatannya? Oleh itu, iman Ibrahim menjadi sempurna. Perkara itu sesuai dengan ayat Alkitab, "Ibrahim percaya kepada Allah, dan kerana imannya Allah menerima dia sebagai orang yang melakukan kehendak Allah." Itulah sebabnya Ibrahim disebut sahabat Allah. (Yakub bab 2 ayat 21-23)
Satu reality bahawa setiap penganut agama masing-masing mendakwa baha agamanya itu adalah yang benar dan direstui Allah.Adakah realistik jika dinyatakan semua agama yang ada adalah benar?Jika didakwa agama Kristian atai Islam adalah agama sebenar,bagaimana dengan agama lain.Tidakkah Allah mengutuk,menutup rezeki,tidak memberi kedudukan,kekuatan,kebijaksanaan serta akan memberi laknat azab berupa derita kepada orang yang tidak merujuk kepada kekuasaanNya?
Kosong Dan Awangan
Bicara Hati Kita
Mengenai Saya
Alfatihah
Aktiviti Tidur
Orang kaitkan tidur itu satu gambaran kepada kematian,tidak merasa atau memikirkan apa-apa kecuali bermimpi.Mimpi itu pula dikaitkan dengan alam kedua.Kehebatan,kekayaan,kegagahan dan kenikmatan yang berlaku dalam mimpi seakan tidak dipercayai di dunia nyata.
Realiti
Blog Archive
Followers
CETAK
Selasa, 22 Disember 2015
Isnin, 21 Disember 2015
Khamis, 17 Disember 2015
PERGINYA SEORANG KETUA
Mendiang seorang yang penyayang dan baik serta cemerlang mengurus keluarganya,hasratnya supaya anak-anaknya berjaya dalam hidup telah tercapai dengan beroleh pekerjaan kesemua anak yang ditanggungnya dengan titik peluh,susah payah dan hanya semangat kental dapat merealisasikan impiannya.
Sesungguhnya mendiang BALI BIN RAYAN begitu tenang dan tabah menghadapi saat genting melepasi penderitaan yang berakhir dengan pemergiannya.
Tuhan lebih menyayanginya dan semoga Tuhan memberikan ketenangan,kesempurnaan,keutamaan dan kebahagian kepada roh mendiang.AMIN.
Selasa, 6 Januari 2015
Alfatihah Untukmu
pada 2 Disember 2015 satu kerja bergotong royong bersama keluarga membaiki fizikal
Allahyarhamah Bugong binti Kuntaba[Juriah-nama Islamnya]
Telah meninggal dunis semasa saya terlantar sakit tenat di HDOK Sandakan.Saya dalam serba salah menerima kenyataan kerana berita kematian ibu dimaklumkan oleh Faezah]adik] dan kakak saya[Painah]tiga bulan kemudian.Apa yang boleh dibuat lagi,hanya menerima hakikat dan berdoa untuk ibu tercinta.Tahun 2010 pada bulan November saya telah mengusahakan agar kuburan ibu disemen,diatapkan dan dipagar dan alhamdulillah dapat mengorbankan 1 ekor sapi untuk majlis berkenaan.
Genap 100 Hari
Misteri Selamanya
Kita berumur 50 tahun pada masa ini,sebelum 50 tahun? 100,1,000 tahun sebelum?Di awang-awangan,tiada,angin dan kosong!Kenapa, manusia ada kelahiran,kehidupan dan akhirnya mati.Dari zaman manusia dicipta , manusia sedang mencari jawapan untuk soalan-soalan sebegini tetapi jawapannya tidak memuaskan hati,masih belum dijumpai. Pelbagai jawapan telah diberikan , dari segi agama , teori , andaian , kajian secara ilmiah dan sebagainya. Para cendekiawan,ahli fikir , para guru , pendeta dan orang-orang yang telah mengenali dirinya memberi pendapat mereka secara teori dan yang penting ialah memahami pengisian dalam setiap kepercayaan mengikut ajaran Agama sahaja ada pendekatan dan gambaran yang hanya dalam kadar 2 darpada 100 benar.Bagaimana rasanya saat kematian dan mati,sakit,memedihkan,tanpa ada rasa apa pun,ibarat satu suis?Bagaimana dalam kematian alam roh seronok,penuh keindahan dan serba boleh?Sungguh menakjubkan rahsia alam dan apa yang telah direncanakan oleh Allah.jika alam mati itu lebih baik,menyeronokkan,penuh nikmat dan kehebatan,pastinya manusia ingin mati cepat kerana tidak mahu bersusah payah di dunia.Tidak boleh tidak semua manusia akan mati,tidak ada rasa takut,tidak ada cara untuk mengelak daripada kematian.Hanya masa dan penyebab kematian yang berbeza.Cepat dan lambat,sihat dan uzur itulah ruang kehadiran kematian.Yang hidup diberi masa untuk mengingat si mati dengan cara tersendiri atau kebiasaan.Mengadakan majlis berdoa atau tahlil tiga hari.tujuh hari,tiga puluh hari dan seratus hari.Selepas itu bagaimana cara dan bentuk untuk memperingati si mati,secara tahunan sebelum berakhir tahun atau sebelum Hari Raya Puas berakhir.Dengan cara memperkukuhkan tanda kubur seseorang dengan menyemen,membuatkan pondok dan sebagainya terhadap kubur orang yang hendak diingati,dengan tujuan zuriat dan waris dapat mengetahui asal usul keluarga terdahulu.
Alam Kubur
~~~~MALAM PERTAMA~~~~
Malam pertama yang ingin saya sampaikan kali ini berbeda dangan malam pertama yang senantiasa kita rindukan.
Pernahkah kita berpikir ap...a yang akan terjadi pada malam pertama kita di dalam kubur?
...Inilah fase-fase sejak malam pertama masuk ke kubur hingg 25 tahun.
#Malam pertama di dalam kubur,pembusukan mulai terjadi di daerah perut dan kemaluan.
Subhanallah,perut dan kemaluan adalah 2hal yang anak cucu adam ini saling bergulat dan menjaganya di dunia.
Setelah itu jasad mulai berubah warna menjadi hijau kehitaman.
Bisa kita bayangkan seperti saat kulit kita memar,mungkin seperti itulah perumpamaanya.
#Malam kedua didlm kubur mulailah anggota tubuh membusuk seperti limpa,hti,paru-paru dan lambung.
#Malam ketiga di kuburan mulailah anggota tubuh itu mengeluarkan bau busuk tak sedap.
#Seminggu setelahnya wajah,dua mata,kedua lisan,dan pipi mulai membengkak.
#setelah 2minggu rambut mulai rontok(bagaimana nasib rambut yg di rebonding dan di cat swdemikian cntik?)
#Setelah 15 hari ,lalat hijau mulai bisa mencium bau busuk dari jarak 5 km dan ulat juga cacing mulai menutup seluruh tubuhnya.
#Setelah 6 bulan yang tersisa hanya rangka tulang saja.
#Setelah 25 tahun rangka tubuh ini akan berubah menjadi semacam biji dan di dalam biji tersebut kita akan menemukan suatu tulang yang sangat kecil di sebut ajbudz dzanab(tulang ekor).
Dari tulang inilah kita akan di bangkitkan oleh ALLAH azza wa jalla pada hari akhir.
Beginilah akhir dari tubuh yang kita jaga selama ini.
Beginilah nasib kesudaha dari ketampanan dan kecantikan yg kita banggakan selama ini.
Inilah tubuh yg selama ini kita sombongkan,kita gunakan untuk bermaksiat,kita gunakan untuk menyakiti orang lain.
Oleh karena itu,janga biarkan usia kita sia-sia.
Gunakan jasad ini agar tetap dalam keridhoan-NYA.
Karena kematian itu sudah pasti adanya.
Wallahu a'lam bhissawab.
Ahli Keluarga
Keluarga Hilnan
Keluarga Geoffery
keluarga kartini
Genap 1 Tahun
Bebas Beragama
Ramai orang termasuk golongan pemikir menyatakan bahawa agama adalah suatu sistem yang terpadu yang terdiri atas kepercayaan dan praktik yang berhubungan dengan hal yang suci. Agama menurut Kamus Besar Bahasa Indonesia (KBBI) adalah sistem yang mengatur tata keimanan (kepercayaan) dan peribadatan kepada Tuhan Yang Mahakuasa serta tata kaidah yang berhubungan dengan pergaulan manusia dan manusia serta lingkungannya.
Itulah definisi agama menurut Émile Durkheim dan KBBI, tapi disini berita unik tidak mendefinisikan apa itu Agama seperti yang telah dijabarkan diatas, namun apa yang kita ketahui bahawa terdapat 5 anutan agama yang terbesar di dunia.1.Kristian 2.Islam 3.Hindu 4.Buddha dan yang ke 5.Agnotic iaitu agama yang berpandangan bahawa Tuhan tidak dapat diketahui.
Antara lain kenyataan tentang Agama pada lazimnya bermakna kepercayaan kepada Tuhan, atau sesuatu kuasa yang ghaib dan sakti seperti Dewa, dan juga amalan dan institusi yang berkait dengan kepercayaan tersebut. Agama dan kepercayaan merupakan dua pekara yang sangat berkaitan. Tetapi Agama mempunyai makna yang lebih luas, yakni merujuk kepada satu sistem kepercayaan yang kohensif, dan kepercayaan ini adalah mengenai aspek ketuhanan.
Kepercayaan yang hanya melibatkan seorang individu lazimnya tidak dianggap sebagai sebuah agama. Sebaliknya, agama haruslah melibatkan sebuah komuniti manusia. Daripada itu, Agama adalah fenomena masyarakat boleh dikesan melalui fenomena seperti yang berikut:
Perlakuan
seperti sembahyang, membuat sajian, perayaan dan upacara.
Sikap
seperti sikap hormat, kasih ataupun takut kepada kuasa luar biasa dan anggapan suci dan bersih terhadap agama.
Pernyataan
seperti jambi,mantera dan kalimat suci.
Benda-benda material
yang zahir seperti bangunan.Contohnya masjid, gereja, azimat dan tangkal.
Salah satu lagi ciri agama ialah ia berkaitan dengan tatasusila masyarakat. Ini bermakna agama bukan sahaja merupakan soal perhubungan antara manusia dengan tuhan, malah merupakan soal hubungan manusia dengan manusia. Ciri-ciri ini lebih menonjol di dalam agama universal, daripada agama folk. (sila lihat dibawah)
Manusia yang tidak tidak mempercayai adanya tuhan dan menolak semua kepercayaan beragama pula dipanggil ateisme. Agama dalam puak,suku,keturunan,bangsa sudah bercampur baur.Dalam satu keluarga besar[induk]di dalamnya ada beragama Islam dan kristian atau mungkin lebih daripada itu,Ini disebabkan oleh dasar terbuka melalui perkhawinan atau mengikuti agama tertentu mengikut akidah dan pengaruh orang lain atau pendakwah.
Martabat Agama
Perlunya Beragama
Agama juga dapat membentuk pandangan semesta seseorang dan sesebuah masyarakat serta perilaku dan tindakan mereka dalam kehidupan. Ini dapat dilihat dari segi pertuturan,perilaku dan gaya hidup seseorang manusia. Selain itu agama memainkan peranan yang vital dalam membentuk pandangan dunia dalam kehidupan manusia serta mendatangkan ketengan dan keamanan di kalangan penduduk dunia sehinggakan agama itu dijadikan sebagai sumber kekuatan dan mekanisme yang berpengaruh dalam pembentukan keamanan serantau. Ini dibuktikan dengan prinsip agama islam yang bencikan peperangan. Agama islam juga melarang umatnya untuk memulakan peperangan dan menggalakkan menyelesaikan masalah dengan aman (perbincangan).
Agama dan tamadun merupakan perkara yang sinonim. Tanpa agama sesuatu tamadun tidak akan membangun dengan cepat. Ini kerana agama mampu memberikan suatu lonjakkan paradigma kepada tamadun yang sedang ingin membangun dan ia juga merupakan salah sayu elemen yang menolak dan menggerakkan sesebuah tamadun dalam kehidupan. Mari kita singkap sejarah Dinasti Sung yang tidak bermoral kerana maharajanya secara dictator dan kejam. Dinasti ini pernah di labelkan "zaman pencerobohan orang gasar". Akibat pemerintah maharaja yang kejam dan tidak bermoral rakyatnya memberontak di bawah pimpinan petani dan akhirnya dinasti tersebut berjaya digulingkan.
Dengan ini dapat disimpulkan bahawa agama memainkan peranan yang amat vital dalam kehidupan manusia dan seterusnya dalam pembinaan tamadun.Individu dan ahli sesuatu agama yang mengamalkan,memurnikan,menyebarkan setiap set ajaran yang baik dipandang tinggi kedudukannya dan seterusnya memartabatkan agama berkenaan.
Berfikir Disertai Usaha
Gerak hati,cetusan rasa,sumbangan minda perlu
didokumentasikan dalam apa juga bentuk,ditulis dalam buku,memori,catatan dan
berkarya melalui internet secara maya antara lain yang menggambarkan seseorang
itu telah berkorban masa dan tenaga untuk terus bekerja.
Jangan Kedekut
Tangisan
1. Menangis kerana kasih sayang dan kelembutan hati.
2. Menangis kerana rasa takut.
3. Menangis kerana cinta.
4. Menangis kerana gembira.
5. Menangis kerana menghadapi penderitaan.
6. Menangis kerana terlalu sedih.
7. Menangis kerana terasa hina dan lemah.
8. Menangis untuk mendapat belas kasihan orang.
9. Menangis kerana mengikut-ikut orang menangis.
10. Menangis orang munafik yakni pura-pura menangis.
Apa juga jenis tangisan itu merupakan penyelamat seseorang daripada memusnahkan kehidupannya.Tangisan umpama benteng jikalau diluahkan akan melegakan sebak dan pilu yang membeku di hati.Tangisan itu garis sempadan guru dan pengubat segala jenis sakit hati,kekecewaan dan gembira kerana mencapai kejayaan.
Blog Diterima
Isyarat Gerakan Mata
Kenikmatan Hidup
Kita berada pada tahap kesihatan badan yang terbaik tanpa.
ada mengambil ubat-ubatan kerana mengubati sebarang sakit.Di sinilah letaknya
rasa nikmat yang paling terbaik dalam hidup.Akhirnya dapat menyumbangkan buah
fikiran yang bernas,sihat dan digunapakai bersamma orang lain
Bagaimana Kehidupan Seterusnya
Tafsiran Mimpi
Renungan
Kepada sesiapa yang membaca maklumat yang terkandung dalam blog ini,saya harap datuk,datin,tuan,puan encik dan cik yang dimuliakan dapat merenung sejanak tentang satu ruang kehidupan yang diakhiri dengan kematian.Kita beringat supaya hala tuju hidup tidak tersasar dan terus terpimpin.Ini kerana setiap perbuatan sama ada BAIK atau sebaliknya pastinya akan berimbal.