Rabu, 5 Disember 2012

Wujudnya satu rakngaian keluarga yang harmoni,aman,damai dan bahagia adalah satu rahmat yang perlu dikekalkan.

Peranan perdana untuk merealisasikan institusi keluarga bahagia perlu dimainkan oleh ibu bapa selaku ketua keluarga. Dalam hal ini, didikan agama dan moral yang teguh dan mantap harus dititikberatkan. Didikan agama dan moral yang sempurna dalam kalangan generasi muda juga dapat menyumbang ke arah pembentukan sebuah keluarga bahagia. Hal ini disebabkan pegangan agama serta nilai moral yang kuat yang dapat membentuk nilai sahsiah yang tinggi dalam kalangan generasi muda. Kualiti ini akan melahirkan ibu dan bapa yang bertanggungjawab serta dapat memikul tugas membangunkan rumah tangga dengan lebih sempurna. Sebagai contoh, golongan yang berpendidikan agama akan mampu mewujudkan persefahaman dan perasaan tolak ansur sesama keluarga. Kesabaran kerana iman yang tebal juga akan mengelakkan keluarga berpecah-belah atas alasan yang kadangkala tidak munasabah. Seandainya ibu bapa memberikan didikan agama yang kukuh serta menerapkan nilai-nilai akhlak dan moral dalam kalangan anak-anak, mereka akan menghormati orang tua serta saling berkerjasama sesama adik-beradik ibarat hati kuman sama dicecah, hati gajah sama dilapah. Jika semangat ini dapat diwujudkan dalam jiwa setiap ahli keluarga oleh ibu bapa, maka sudah pasti sebuah keluarga yang mantap dan harmoni akan dapat dilahirkan.
Selain ibu bapa, anak-anak juga berperanan dalam usaha untuk merealisasikan institusi keluarga yang bahagia. Dalam hal ini, anak-anak sebagai remaja iaitu orang yang lebih muda haruslah tahu menghormati orang yang lebih tua terutamanya ibu bapa. Anak-anak atau remaja juga mestilah sentiasa mendengar nasihat dan teguran orang yang lebih tua daripada mereka kerana orang yang lebih tua lebih dahulu makan garam daripada mereka. Anak-anak merupakan orang yang bertanggungjawab menjaga maruah keluarga daripada berlakunya sesuatu masalah yang boleh menconteng arang maruah keluarga. Sebagai misalan, apabila anak-anak mempunyai niat untuk melakukan perkara jahat, nasihat daripada orang yang lebih tua dapat mematahkan niat tersebut. Anak-anak atau remaja juga akan lebih menghormati orang yang lebih tua kerana telah memberi nasihat yang baik kepada mereka. Oleh itu, persefahaman dan hubungan yang baik antara anak-anak dan keluarga dapat dijaga. Sekiranya anak-anak sukar mendengar teguran dan keras kepala serta tidak mahu menghormati dan mendengar nasihat orang yang lebih tua daripada mereka, sudah pasti keluarga akan berpecah-belah. Tegasnya, anak-anak memainkan peranan yang penting dalam merealisasikan institusi keluarga bahagia.
Seterusnya, adik-beradik yang lebih tua seperti abang dan kakak juga boleh memainkan peranan dalam merealisasikan institusi keluarga bahagia. Abang atau kakak boleh menjadi suri teladan kepada adik-adik yang lebih muda. Pendapat ini disokong kerana adik-adik akan mencontohi tingkah laku abang atau kakak mereka. Hal ini berlaku demikian kerana adik-adik yang lebih muda boleh diumpamakan seperti sehijau warna daun. Dalam kata lain, mereka masih mentah dan mudah terikut-ikut dengan perangai orang yang lebih tua seperti abang atau kakak tanpa menghiraukan sama ada perbuatan tersebut betul atau salah. Abang atau kakak tidak seharusnya bersikap seperti ketam yang mengajari anak-anaknya berjalan dengan betul. Selain itu, mereka juga seharusnya menasihati adik-adik mereka dengan penuh kasih sayang apabila melihat adik-adik mereka melakukan perkara negatif. Dalam konteks ini, mereka tidak seharusnya memekakkan telinga dan membutakan mata kerana perbuatan negatif yang dilakukan oleh adik-adik mereka boleh menjatuhkan maruah keluarga. Seandainya, adik-beradik yang lebih tua tidak memainkan peranan mereka, nescaya usaha untuk merealisasikan instistusi keluarga bahagia tidak dapat dilestarikan. Nyatalah bahawa adik-beradik yang lebih tua memainkan peranan penting dalam merealisasikan institusi keluarga bahagia.
Selain peranan adik-beradik yang lebih tua, pihak yang turut memainkan peranan dalam merealisasikan institusi keluarga bahagia ialah datuk dan nenek. Datuk dan nenek merupakan orang yang paling penting dan memberikan pengaruh yang teramat sangat terhadap sesebuah keluarga selain ibu bapa. Hal ini demikian kerana datuk dan neneklah yang mengasaskan sesebuah keluarga dimana mereka yang melahirkan ibu bapa seterusnya dapat membina sebuah sebuah keluarga yang lengkap. Selaku orang yang lebih tua dalam keluarga, datuk dan nenek memainkan peranan dalam menjaga hubungan keluarga supaya tidak berlaku sebarang perbalahan yang boleh memecah belahkan hubungan kekeluargaan. Untuk mewujudkan keluarga yang bahagia, datuk dan nenek perlu sentiasa mengambil berat dan bersikap menjaga tepi kain ahli keluarga dengan sentiasa bertanya kepada anak-anak, cucu-cucu serta ahli keluarga yang lain tentang masalah yang mereka hadapi. Apabila mengetahui sesuatu masalah berlaku dalam keluarga, nenek daan datuk haruslah bekerjasama membantu membimbing mereka untuk menyelesaikan masalah tersebut. Sebagai contoh, datuk dan nenek perlu memperihalkan cerita-cerita orang dulu-dulu yang penuh dengan nilai murni supaya dapat memberi pengajaran kepada keluarga mereka. Selain itu, datuk dan nenek juga dapat memberi pendedahan tentang pantang larang dan adat resam yang diamalkan oleh orang tua-tua dahulu dalam usaha untuk membentuk keluarga yang bahagia. Sekiranya, datuk dan nenek tidak menghiraukan keluarga mereka, sudah tentu akan berlaku pergolakan dalam keluarga. Jelaslah bahawa datuk dan nenek berperanan dalam merealisasikan institusi keluarga bahagia.
Bertuahlah kita kerana mempunyai ahli keluarga yang dipenuhi dengan kasih saying,tolak ansur dan timbangrasa.Tolong menolong dalam ahli keluarga Bali Rayan nampak utuh dan memberikan manafaat dikalangan ahli keluarga.Sebagai contohnya.Encik Loen Matahu iaitu suami kepada Kartini Bali mendapat bantuan RM 1,000.00 daripada setiap ketua keluarga semasa beliau memerlukan kewangan di atas perbicaraan di mahkamah yang melibatkan tugas sebagai anggota polis.Saya juga mendapat bantuan semasa memerlukan kewangan pembedahan tulang pinggul yang menelan belanja hampir RM 12,000.00.Keluarga Bali RM 1,000.00,Keluarga Gabriel RM 1,000.00.Keluarga Hilnan RM 3,500.00.Keluarga Kartini RM 1,000.00.Keluarga Geoffery RM 2,000.00 dan Godfrey RM 1,000.00.Bantu membantu ini antara tunjang kasih saying yang perlu diteruskan.

Isnin, 5 November 2012

Dosa Dan Pahala

DOSA dan PAHALA , itulah ungkapan yang sering diucapkan oleh manusia daripada pelbagai anutan agamanya.Secara umumnya dosa dirujuk kepada kejahatan dan pahala adalah kebaikan.Daripada manusia itulah yang membuat pertimbangan sama ada berkehendakkan DOSA atau DOSA,berbuat baik berpada pada berbuat jahat jangan sekali merupakan pepatah Melayu yang menjelaskan bahawa setiap perlakuan ada imbalnya.Ganjaran ini sebenarnya mendorong kepada semua manusia agar mengingati dan mengambil tahu serta waspada apa yang di dapati banyak dibuat akan membawa susah senang selepas roh meninggalkan jasad.Hukuman dan apa yang diterima sebagai balasan sesudah mati.


Sebagai manusia biasa DOSA PAHALA ini langsung tidak dihiraukannya.Al maklum , DOSA PAHALA adalah perkara yang tidak dapat dilihat oleh mata kasar manusia.Sebab dan akibat,hasil dan kejadian tidak diperoleh secara nyata.

HUKUM KARMA

Berbuat baik dibalas baik,jahat dibalas jahat.Beri RM10.00 kembalikan RM 10.00 juga
Orang baik-baik didampingi malaikat yang jahat didampingi syaitan.
Secara realistiknya hukum karma diterima pakai oleh pemikiran manusia sebagai padoman untuk mempertimbangkan segala jenis perlakuan,

Alam Barzakh

Oleh : Amru Alhaz Bin Adnan
Setiap detik pasti ada orang yang meninggal dunia dan pada setiap detik juga pasti ada bayi yang baru dilahirkan. Begitulah rutin kehidupan dunia ini. Yang hidup akan mati, yang pergi akan digantikan dengan yang baru. Kita di dunia adalah umpama seorang musafir yang singgah sebentar berteduh di bawah sebatang pokok. Kemudian dia akan meneruskan perjalanannya ke alam kubur ataupun alam barzakh. Menurut kamus Mukhtar al-Shahhah (????? ??????) oleh Abu Bakr al-Razi, barzakhbermaksud dinding pembatas antara dua benda. Berdasarkan (iktikad) Ahl al-Sunnah wa al-Jama'ah, setiap manusia akan berada di dalam satu alam yang dinamakan alam barzakh. Ia terletak di antara alam dunia dan alam akhirat. Hal ini bersesuaian dengan firman Allah S.W.T di dalam surah Al-Mukminun ayat 99-100: Kesudahan golongan yang kufur ingkar itu apabila sampai ajal maut kepada salah seorang di antara mereka, berkatalah dia: “Wahai Tuhanku, kembalikanlah daku (hidup semula di dunia) - supaya aku mengerjakan amalan soleh dalam perkara-perkara yang telah aku tinggalkan". Tidak! Masakan kau akan dapat? Sesungguhnya perkataannya itu hanyalah kata-kata yang dia sahaja yang mengatakannya, sedang di hadapan mereka alam barzakh (dinding) hingga hari mereka dibangkitkan semula (pada Hari Kiamat). Seseorang yang sudah mati dan berada di alam barzakh dapat menjangkakan sama ada dia akan mendapat kenikmatan atau kesengsaraan di akhirat kelak. Perkara ini disebut dalam sebuah hadith yang diriwayatkan oleh Imam al-Tirmidzi, Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: "Sesungguhnya kubur itu ialah penginapan pertama antara penginapan akhirat, maka sekiranya seseorang itu terlepas dari seksaannya, maka apa yang akan datang kemudiannya akan lebih mudah lagi dan seandainya seseorang itu tidak terlepas (kandas) daripada (seksaannya), maka yang akan datang sesudahnya akan lebih sukar (keras, berat)." Dr A’idh Abdullah al-Qarni menulis di dalam sebuah bukunya yang cukup terkenal bertajuk “Malam Pertama Di Alam Kubur”: Seorang penyair arab pernah mendendangkan syairnya: Aku tinggalkan tempat tidurku pada satu hari, kemudian aku terserkap membisu. Aku telah berpindah dari satu tempat menuju tempat lain. Aku berangkat pergi dari ranjang tidur dalam istanaku menuju alam lain. Kubur adalah malam pertama. Demi Allah katakanlah apa yang terjadi pada malam tersebut .Yang Allah pasti mentakdirkannya pada setiap hamba. Renungkanlah bagaimana perjalanan seseorang manusia akan berakhir di dalam kubur. Al-Rifa’i berkata: “ Setiap orang yang takut pada sesuatu pasti akan menghindarinya, kecuali kubur. Tidak ada orang yang ingin lari daripadanya melainkan dia akan datang kepadanya. Dia selalu menunggumu tanpa jemu, dan apabila engkau masuk ke dalamnya, engkau tidak akan kembali selama-lamanya. Renungilah nasib saudaramu yang kini telah dikuburkan: “Dahulu dia menikmati pemandangan yang indah, kini matanya telah tertanggal, dahulu lidahnya petah bertutur, kini cacing tanah telah memakan mulutnya. Dahulu dia sering tertawa, kini giginya hancur terbenam.” Umar bin Abdul Aziz pernah berkata kepada beberapa orang sahabatnya di dalam satu majlis, Wahai fulan! engkau telah melepasi satu malam, adakah pernah kau terfikir tentang kubur dan penghuninya? Sekiranya kau tahu apakah keadaan sebenar di dalam kubur, pasti kau tak akan berani mendekatinya. Pada suatu ketika pula , Umar bin Abdul Aziz mengiringi jenazah saudaranya. Apabila jenazah selamat dikebumikan, maka semua orang telah bersurai kecuali beliau dan beberapa orang sahabatnya yang masih tidak berganjak dari kubur tersebut. Tidak lama kemudia sahabatnya bertanya: Wahai Amirul Mukminin, kau merupakan wali kepada jenazah ini, mengapa engkau perlu menunggunya lagi sedangkan dia telah meninggalkanmu. Umar pun berkata: “ Ya, sesungguhnya kubur ini memanggilku dari belakang. Mahukah kalian tahu apakah yang dikatakannya kepadaku: Mereka menjawab “ Sudah tentu wahai Amirul Mukminin. Kubur ini memanggilku dan berkata, “ Wahai Umar bin Abdul Aziz, mahukan aku ceritakan kepadamu apakah yang akan aku lakukan kepada jenazah yang kau cintai ini? Ya, jawab Umar. Kubur itu menjawab: Aku akan bakar kain kapannya, aku robek badannya, aku sedut darahnya serta aku kunyah dagingnya. Mahukah engkau tahu apa yang akan aku lakukan pada anggota badannya? Sudah tentu jawabku. Aku cabut satu persatu dari telapak hingga ke tangan, dari tangan ke lengan, dan dari lengan menuju ke bahu. Lalu aku cabut pula lutut dari pehanya, Peha dari lututnya. Aku cabut lutut itu dari betis. Dari betis menuju ke telapak kakinya. Setelah mendengar penjelasan daripada kubur itu, Umar pun menangis dan berkata.” Ketahuilah sahabatku, umur dunia hanya sedikit. Kemuliaan di dalamnya adalah kehinaan. Pemuda akan menjadi tua dan yang hidup akan mati. Celakalah mereka yang tertipu olehnya. Celakalah aku, bagaimana keadaanku ketika bertemu malaikat maut, saat rohku meninggalkan dunia? Keputusan apakah yang akan diturunkan oleh Tuhanku. Dia terus menangis dan terus menangis, lalu pergi. Tidak berapa lama kemudian beliau meninggal dunia. Antara syarat kemenangan dan kejayaan seorang hamba ialah mempersiapkan diri menghadapi kematian dan menyedari bahawa dirinya akan menjadi penghuni kubur. Tetapi ramai di kalangan kita mengabaikan peringatan dan ancaman yang berbahaya ini. Jika pun kita mengingati kematian, itu pun hanya dilakukan dengan sambil lewa. Tahukah saudaraku, mengapa ini berlaku. Hal ini berpunca disebabkan hati kita yang terlalu cinta dan sibuk dengan perkara dunia sehingga menyebabkan hati kita keras dan gelap dari cahaya. Saudaraku sekalian, jalan Allah tidak dapat kita tempuhi dengan telapak kaki tetapi ia dapat ditempuh dengan kekuatan hati. Jika kita merasakan hati kita keras dan beku rawatilah ia dengan penjelasan dahsyatnya kubur. Rawatilah hati kita agar ia hidup kembali. Untuk merawat hati yang keras ini boleh dilakukan dengan melaksanakan beberapa perkara: Pertama- Memperbanyakkan membaca al-Quran dan berzikir. Dengan cara ini hati menjadi hidup. Ketahuilah hati yang tidak pernah ataupun jarang jarang membaca al-Quran adalah hati yang mudah terpengaruh dengan tipu daya syaitan. Kedua- Sentiasa merendah diri dan menangis di hadapan Allah. Kita hendaklah bersikap kepada Tuhan sebagai seseorang yang sangat memerlukan-Nya. Apabila kita ditimpa kesulitan, merintih dan berdoalah kepada-Nya. Ketiga – Menghadiri majlis-majlis ilmu. Sedarilah, semakin tinggi ilmu agama seseorang semakin takut dia kepada Tuhan-Nya. Di samping itu juga elakkan diri dari menghadiri majlis-majlis yang tidak berfaedah dan membuang masa. Ini termasuklah majlis tari-menari dan juga konsert-konsert hiburan yang melalaikan. Keempat- Mengingati mati. Seseorang yang sentiasa ingat akan kematian menyebabkan hatinya tertumpu kepada alam akhirat, sekaligus meremehkan dunia dan tidak panjang angan-angan. Kelima- Menziarahi kubur. Jika hati kita tidak dapat disembuhkan dengan cara sebelum ini maka inilah cara yang paling berkesan dalam mengubati hati yang keras. Rasulullah s.a.w bersabda: “Ziarahilah kubur kerana ia akan mengingatkanmu kepada kematian”. (Riwayat Muslim) Kesimpulannya, jelaslah kepada kita bahawa kematian itu pasti, ia tidak tertangguh walaupun sedetik. Disebabkan kedatangannya merupakan satu misteri maka manusia hendaklah sentiasa berada dalam keadaan bersedia. “Wahai orang tua yang telah bongkok punggungnya dan dekat ajalnya, apakah engkau telah bersiap sedia menghadapi malam pertama? Wahai pemuda gagah yang bergelumang harta, pangkat dan kuasa, apakah engkau telah mempersiapkan diri menghadapi malam pertama? Ia adalah malam pertama dengan dua wajah, mungkin menjadi malam pertama bagi malam-malam syurga berikutnya, atau menjadi malam pertama bagi malam-malam neraka selanjutnya

Penyebab Kematian

Kematian adalah mutlak kepada apa juga yang bernyawa atau hidup.Bagi manusia kematian itu satu janji yang tidak boleh tidak akan sampai masanya nyawa yang dikandung jasad akan terhenti,hilang,lenyap dan kosong.Umur dan masa telah ditentukan oleh pencipta iaitu Tuhan.Kematian adalah pelbagai,tragik dan menyayat hati daripada ajal,bencana alam,perbuatan manusia yang berperang,kemalangan,bunuh diri,dibunuh orang dan banyak lagi penyebab selain daripada sakit yang diakibatkan kepelbagaian dan tahap keseriousan sesuatu penyakit.Penyakit boleh diusahakan untuk seseorang itu sembuh atau sihat semula dengan mendapatkan rawatan tradisional atau perubatan moden yang melibatkan dinia kecanggihan peralatan,ubat-ubatan melalui hospital kerajaan mahupun swasta.Wang ringgit dikorbankan demi mendapatkan rawatan,namun ada yang sanggup menunggu ajal daripada mendapatkan mana-mana cara terbaik untuk berubat apatah lagi jika tidak mempunyai punca kewangan.Jumlah kematian manusia adalah kecil kerana penyakit atas sebab banyak cara untuk mengubatinya,namun jumlah kematian amat tinggi kerana kemalangan kapal terbang,kereta api,bas,perbuatan manusia sendiri dan kerana senjata akibat berperang.Kesemua punca kematian menuju kepada akan tidak ada di dunia maya dan akan lenyap,lesap dan kosong dimamah tanah,semuanya berbalik dan mereput dalam tanah sama ada dikubur secara adat dan terhormat atau terampai.dampar dan tergantung.


Ahad, 4 November 2012

Gambar Keluarga

Mendiang Puan Florance Quinto Dumlao[34 Tahun]


Hari yang menggemparkan keluarga Bali Rayan selaku ketua keluarga induk.Pada 29 Ogos 2012 Puan Florence Dumingo Dumlao telah meninggal dunia Menantu Encik Bali Rayan ini adalah isteri kepada Encik Hilnan Bali.Meninggalkan tiga orang anak yang masih kecil.Mendiang menghidap penyakit Kanser Payudara yang dikesan pada tahun 2010.Tidak ada usaha untuk mendapatkan rawatan perubatan meragui peringkat rawatan awal dan akhirnya bertindak untuk mendapatkan rawatan perubatan di Sabah Medical Centre SMC 3 bulan sebelum hayatnya berakhir.Apa yang dikesalkan ialah Untuk mendapatkan rawatan di SMC dikebelakangkan dan pergi pula perjumpa dengan kenalan kakaknya di salah sebuah gereja di Kota Kinabalu.Perubatan berupa doa itu ditunggu disamping memakan makanan tambahan namun segalanya tidak dapat membantu.Kedegilan untuk mendapatkan rawatan perubatan menjadi kesal yang berpanjangan terhadap keluarga terdekat dan keseluruhannya.Kepercayaan menghalangeluruh usaha berubat secara moden,takut akan kaedah rawatan membawa padah.Mengharapkan makanan tambahan dan berdoa semata merupakan satu kegagalan untuk terus berusaha meneruskan kelangsungan kehidupan.Suami ditinggalkan bersama anak tua darjah 3,akan ke 2 prasekolah dan yang ketiga baru 5 tahun.Seluruh anggota keluarga menelan pahit dan dukanya hakikat yang sebenarnya banyak cara untuk berusaha untuk berubat di hospital kerajaan,swasta,tradisi dan bersandarkan doa dan harapan yang diiringi semangat melawan derita sakit.Dia masih muda untuk mengalah namun dari segi hakikatnya dia lebih disayangi oleh Tuhan,maka itu yang menjadi teka teki miliknya......Pada awal pagi 29 Ogos 2012 mendiang dibawa ke Kota Kinabalu untuk tujuan berubat di SMC,Encik Hlnan Bali dan kakak mendiang Puan Evelyn membawanya dengan kereta Land Cruiser.Dengan takdir yang mutlak mendiang tidak sempat berubat sesampai di Kota Kinabalu lantas menghembuskan nafas yang terakhir.Mayat mendiang diuurus di rumak kakak iparnya di Penampang,malam itu juga jenazah dibawa balik ke Beluran dan terus ke rumah Bali Rayan[bapa mertua]di kg Rampik lebih kurang jam 2.00 pagi.Suasana yang diselubungi hiba dan pilu ada disegenap hati anggota keluarga terutama Encik Hilnan Bali selaku suaminya.Kos perbelanjaan pengurusan jenazah dari Kota Kinabalu lebih kurang RM 7,000.00.

TANGGUNGJAWAB DAN KASIH SAYANG

Pada 4 OKTOBER 2014,hari perkhainan Hilnan Bali dengan Rista Ali telah dilangsungkan.Ini satu kemestian dan wajar dibuat oleh Hilnan atas sebab kepentingan penjagaan 3 oang anaknya yang masih kecil.Walau bagaimanapun tugas dan tanggungjawab Hilnan yang terahir adalah membina dan memperkukuhkan kubur mandiang Florance




DOA SEPANJANG MEMORI


Satu Perjanjian mutlak

Telah engkau sempurnakan

Dalam realiti penuh teka teki

Jawapannya ada padamu kini.

Hal duniawi ini tiada lagi

Terputus sudah kasih dan sayang

Berkubur sudah naluri dan kehendak nafsu

Hapus dan kosong

Selesai sudah kesempurnaan

Seperti yang telah dijanjikan Tuhan

Kepada setiap insan hidup

Aman damailah rohmu di alam baqa

Semoga syurga bahagia mengurapi

Untukmu di sana.

Sabtu, 3 November 2012

Tanda Tanda Menghampiri Kematian

TANDA TANDA SAAT KEMATIAN MANUSIA MENURUT ISLAM

 
100 hari : Seluruh badan rasa bergegar.

60 hari : Pusat rasa bergerak-gerak.

40 hari : Daun dengan nama orang yang akan mati di arash akan jatuh dan malaikat maut pun datang kepada orang dengan nama tersebut lalu mendampinginya sehingga saat kematiannya. Kadang-kadang orang yang akan mati itu akan merasa atau nampak kehadiran malaikat maut tersebut dan akan sering kelihatan seperti sedang rungsing.

7 hari : Mengidam makanan.

5 hari : Anak lidah bergerak-gerak.

3 hari : Bahagian tengah di dahi bergerak-gerak.

2 hari : Seluruh dahi rasa bergerak-gerak.

1 hari : Terasa bahagian ubun bergerak-gerak di antara waktu subuh and asar.

Saat akhir : Terasa sejuk dari bahagian pusat hingga ke tulang solbi (di bahagian belakang badan).

Seelok-eloknya bila sudah merasa tanda yang akhir sekali, mengucap dalam keadaan qiam and jangan lagi bercakap-cakap.

******Bila Malaikat Mencabut Nyawa******

Baginda Rasullullah S.A.W bersabda:

"Apabila telah sampai ajal seseorang itu maka akan masuklah satu kumpulan malaikat ke dalam lubang-lubang kecil dalam badan dan kemudian mereka menarik rohnya melalui kedua-dua telapak kakinya sehingga sampai kelutut. Setelah itu datang pula sekumpulan malaikat yang lain masuk menarik roh dari lutut hingga sampai ke perut dan kemudiannya mereka keluar. Datang lagi satu kumpulan malaikat yang lain masuk dan menarik rohnya dari perut hingga sampai ke dada dan kemudiannya mereka keluar. Dan akhir sekali datang lagi satu kumpulan malaikat masuk dan menarik roh dari dadanya hingga sampai ke kerongkong dan itulah yang dikatakan saat nazak orang itu."

Sambung Rasullullah S.A.W. lagi:

"Kalau orang yang nazak itu orang yang beriman, maka malaikat Jibrail A.S. akan menebarkan sayapnya yang disebelah kanan sehingga orang yang nazak itu dapat melihat kedudukannya di syurga. Apabila orang yang beriman itu melihat syurga, maka dia akan lupa kepada orang yang berada disekelilinginya. Ini adalah kerana sangat rindunya pada syurga dan melihat terus pandangannya kepada sayap Jibrail A.S."

Kalau orang yang nazak itu orang munafik, maka Jibrail A.S. akan menebarkan sayap disebelah kiri. Maka orang yang nazak tu dapat melihat kedudukannya di neraka dan dalam masa itu orang itu tidak lagi melihat orang disekelilinginya. Ini adalah kerana terlalu takutnya apabila melihat neraka yang akan menjadi tempat tinggalnya.

Dari sebuah hadis bahawa apabila Allah S.W.T. menghendaki seorang mukmin itu dicabut nyawanya maka datanglah malaikat maut.Apabila malaikat maut hendak mencabut roh orang mukmin itu dari arah mulut maka keluarlah zikir dari mulut orang mukmin itu dengan berkata:

"Tidak ada jalan bagimu mencabut roh orang ini melalui jalan ini kerana orang ini sentiasa menjadikan lidahnya berzikir kepada Allah S.W.T." Setelah malaikat maut mendengar penjelasan itu, maka dia pun kembali kepada Allah S.W.T. dan menjelaskan apa yang diucapkan oleh lidah orang mukmin itu. Lalu

Allah S.W.T. berfirman yang bermaksud:

"Wahai malaikat maut, kamu cabutlah ruhnya dari arah lain." Sebaik saja malaikat maut mendapat perintah Allah S.W.T. maka malaikat maut pun cuba mencabut roh orang mukmin dari arah tangan. Tapi keluarlah sedekah dari arah tangan orang mukmin itu, keluarlah usapan kepala anak-anak yatim dan keluar penulisan ilmu. Maka berkata tangan: Tidak ada jalan bagimu untuk mencabut roh orang mukmin dari arah ini, tangan ini telah mengeluarkan sedekah, tangan ini mengusap kepala anak-anak yatim dan tangan ini menulis ilmu pengetahuan."

Oleh kerana malaikat maut gagal untuk mencabut roh orang mukmin dari arah tangan maka malaikat maut cuba pula dari arah kaki. Malangnya malaikat maut juga gagal melakukan sebab kaki berkata:

"Tidak ada jalan bagimu dari arah ini kerana kaki ini sentiasa berjalan berulang alik mengerjakan solat dengan berjemaah dan kaki ini juga berjalan menghadiri majlis-majlis ilmu."

Apabila gagal malaikat maut, mencabut roh orang mukmin dari arah kaki, maka malaikat maut cuba pula dari arah telinga. Sebaik saja malaikat maut menghampiri telinga maka telinga pun berkata:

"Tidak ada jalan bagimu dari arah ini kerana telinga ini sentiasa mendengar bacaan Al-Quran dan zikir." Akhir sekali malaikat maut cuba mencabut orang mukmin dari arah mata tetapi baru saja hendak menghampiri mata maka berkata mata:

"Tidak ada jalan bagimu dari arah ini sebab mata ini sentiasa melihat beberapa mushaf dan kitab-kitab dan mata ini sentiasa menangis kerana takutkan Allah." Setelah gagal maka malaikat maut kembali kepada Allah S.W.T. Kemudian Allah S.W.T. berfirman yang bermaksud: "Wahai malaikatKu, tulis AsmaKu ditelapak tanganmu dan tunjukkan kepada roh orang yang beriman itu." Sebaik saja mendapat perintah Allah S.W.T. maka malaikat maut menghampiri roh orang itu dan menunjukkan Asma Allah S.W.T.

Sebaik saja melihat Asma Allah dan cintanya kepada Allah S.W.T maka keluarlah roh tersebut dari arah mulut dengan tenang.

Abu Bakar R.A. telah ditanya tentang kemana roh pergi setelah ia keluar dari jasad. Maka berkata Abu Bakar R.A:"Roh itu menuju ketujuh tempat:-

1. Roh para Nabi dan utusan menuju ke Syurga Adnin.

2. Roh para ulama menuju ke Syurga Firdaus.

3. Roh mereka yang berbahagia menuju ke Syurga Illiyyina.

4. Roh para shuhada berterbangan seperti burung di syurga mengikut kehendak mereka.

5. Roh para mukmin yang berdosa akan tergantung di udara tidak di bumi dan tidak di langit sampai hari kiamat.

6. Roh anak-anak orang yang beriman akan berada di gunung dari minyak misik.

7. Roh orang-orang kafir akan berada dalam neraka Sijjin, mereka diseksa berserta jasadnya sampai hari Kiamat."

Telah bersabda Rasullullah S.A.W: Tiga kelompok manusia yang akan dijabat tangannya oleh para malaikat pada hari mereka keluar dari kuburnya:-


1. Orang-orang yang mati syahid.

2. Orang-orang yang mengerjakan solat malam dalam bulan ramadhan.

3. Orang berpuasa di hari Arafah.

Keluarga Induk

PERKEMBANGAN ANAK
Mohd Faez Peey-Jurutera Kilang Fortuna Leong
Irex Dee -Matrikulasi USM Labuan
Iven-SMK Bukit Padang Kota Kinabalu
IVy-Politeknik Kucing Sarawak
Feazam Deeo-SMK Teknik Sandakan
Feadley Keey-Tingkatan 6 SMK Beluran
Imy-SMK Beluran
Feazrey-SMK Beluran
Iby-SMK Beluran

Alfatihah Untukmu




pada 2 Disember 2015 satu kerja bergotong royong bersama keluarga membaiki fizikal

perkuburan mama dan anak Si Paianah yang disimen pada hari berkenaan.





Lahir Pada: 12.04.1930
[78 Tahun 2 Bulan 18 Hari]

Mmeninggal Pada: 30.06.2008

Allahyarhamah Bugong binti Kuntaba[Juriah-nama Islamnya]

Tarikh Kelahiran adalah tidak tepat,maklumlah pada masa dahulu untuk membuat kad pengenalan,main agak-agak sahaja.

Telah meninggal dunis semasa saya terlantar sakit tenat di HDOK Sandakan.Saya dalam serba salah menerima kenyataan kerana berita kematian ibu dimaklumkan oleh Faezah]adik] dan kakak saya[Painah]tiga bulan kemudian.Apa yang boleh dibuat lagi,hanya menerima hakikat dan berdoa untuk ibu tercinta.Tahun 2010 pada bulan November saya telah mengusahakan agar kuburan ibu disemen,diatapkan dan dipagar dan alhamdulillah dapat mengorbankan 1 ekor sapi untuk majlis berkenaan.



Kuburan di Kg.Koporingan Batu 4,Ranau








ALLAHYARHAM

LIASAN@GUNTING BIN GENDILIU

Mininggal Tahun 1987.

[Kuburan di Kg.Minihas,Lohan Ranau]

Genap 100 Hari

Tidak disedari bahawa pada hari ini 6 Disember 2012 telah genap 100 hari pemergian mandiang Florence Quinto Dumlao.Malam ini satu perkumpulan keluarga akan di adakan ri rumah Bali Rayan di kampung Ranpek untuk acara sembahyang.Hari untuk memanjatkan doa ini merupakan hari kenduri yang terakhir dalam kebiasaan amalan dalam semua agama.Semoga roh mandiang akan berada dalam situasi tenang dan dirahmati Tuhan.

Misteri Selamanya

Di mana kehidupan kita sebelum dilahirkan, Satu hari sebelum ibu kita mengandung kita berada di mana ?. Satu tahun sebelum kita lahir di bumi ini kita berada di mana ?. Kenapa kita datang ke bumi ini ?. Siapa yang menentukan kelahiran kita,suratan atau kebetulan ?. Tiada siapa tahu di mana kita berada sebelum lahir ke dunia ini dan ke mana kita nak pergi selepas tinggalkan dunia ini. Adakah Anda memilih kelahiran dan kematian ?. Sungguh tidak tercapai oleh pemikiran manusia tentang kewujudan dan akhirnya ketiadaan kepada yang hidup di dunia ini.
Kita berumur 50 tahun pada masa ini,sebelum 50 tahun? 100,1,000 tahun sebelum?Di awang-awangan,tiada,angin dan kosong!Kenapa, manusia ada kelahiran,kehidupan dan akhirnya mati.Dari zaman manusia dicipta , manusia sedang mencari jawapan untuk soalan-soalan sebegini tetapi jawapannya tidak memuaskan hati,masih belum dijumpai. Pelbagai jawapan telah diberikan , dari segi agama , teori , andaian , kajian secara ilmiah dan sebagainya. Para cendekiawan,ahli fikir , para guru , pendeta dan orang-orang yang telah mengenali dirinya memberi pendapat mereka secara teori dan yang penting ialah memahami pengisian dalam setiap kepercayaan mengikut ajaran Agama sahaja ada pendekatan dan gambaran yang hanya dalam kadar 2 darpada 100 benar.Bagaimana rasanya saat kematian dan mati,sakit,memedihkan,tanpa ada rasa apa pun,ibarat satu suis?Bagaimana dalam kematian alam roh seronok,penuh keindahan dan serba boleh?Sungguh menakjubkan rahsia alam dan apa yang telah direncanakan oleh Allah.jika alam mati itu lebih baik,menyeronokkan,penuh nikmat dan kehebatan,pastinya manusia ingin mati cepat kerana tidak mahu bersusah payah di dunia.Tidak boleh tidak semua manusia akan mati,tidak ada rasa takut,tidak ada cara untuk mengelak daripada kematian.Hanya masa dan penyebab kematian yang berbeza.Cepat dan lambat,sihat dan uzur itulah ruang kehadiran kematian.Yang hidup diberi masa untuk mengingat si mati dengan cara tersendiri atau kebiasaan.Mengadakan majlis berdoa atau tahlil tiga hari.tujuh hari,tiga puluh hari dan seratus hari.Selepas itu bagaimana cara dan bentuk untuk memperingati si mati,secara tahunan sebelum berakhir tahun atau sebelum Hari Raya Puas berakhir.Dengan cara memperkukuhkan tanda kubur seseorang dengan menyemen,membuatkan pondok dan sebagainya terhadap kubur orang yang hendak diingati,dengan tujuan zuriat dan waris dapat mengetahui asal usul keluarga terdahulu.

Alam Kubur

~~~~MALAM PERTAMA~~~~
 
 Malam pertama yang ingin saya sampaikan kali ini berbeda dangan malam pertama yang senantiasa kita rindukan.
 
 Pernahkah kita berpikir apa yang akan terjadi pada malam pertama kita di dalam kubur?
 
 ...Inilah fase-fase sejak malam pertama masuk ke kubur hingg 25 tahun.
 
 #Malam pertama di dalam kubur,pembusukan mulai terjadi di daerah perut dan kemaluan.
 Subhanallah,perut dan kemaluan adalah 2hal yang anak cucu adam ini saling bergulat dan menjaganya di dunia.
 Setelah itu jasad mulai berubah warna menjadi hijau kehitaman.
 Bisa kita bayangkan seperti saat kulit kita memar,mungkin seperti itulah perumpamaanya.
 
 #Malam kedua didlm kubur mulailah anggota tubuh membusuk seperti limpa,hti,paru-paru dan lambung.
 
 #Malam ketiga di kuburan mulailah anggota tubuh itu mengeluarkan bau busuk tak sedap.
 
 #Seminggu setelahnya wajah,dua mata,kedua lisan,dan pipi mulai membengkak.
 
 #setelah 2minggu rambut mulai rontok(bagaimana nasib rambut yg di rebonding dan di cat swdemikian cntik?)
 
 #Setelah 15 hari ,lalat hijau mulai bisa mencium bau busuk dari jarak 5 km dan ulat juga cacing mulai menutup seluruh tubuhnya.
 
 #Setelah 6 bulan yang tersisa hanya rangka tulang saja.
 
 #Setelah 25 tahun rangka tubuh ini akan berubah menjadi semacam biji dan di dalam biji tersebut kita akan menemukan suatu tulang yang sangat kecil di sebut ajbudz dzanab(tulang ekor).
 Dari tulang inilah kita akan di bangkitkan oleh ALLAH azza wa jalla pada hari akhir.
 
 Beginilah akhir dari tubuh yang kita jaga selama ini.
 Beginilah nasib kesudaha dari ketampanan dan kecantikan yg kita banggakan selama ini.
 Inilah tubuh yg selama ini kita sombongkan,kita gunakan untuk bermaksiat,kita gunakan untuk menyakiti orang lain.
 
 Oleh karena itu,janga biarkan usia kita sia-sia.
 Gunakan jasad ini agar tetap dalam keridhoan-NYA.
 Karena kematian itu sudah pasti adanya.
 Wallahu a'lam bhissawab.

‎~~~~MALAM PERTAMA~~~~
Malam pertama yang ingin saya sampaikan kali ini berbeda dangan malam pertama yang senantiasa kita rindukan.
Pernahkah kita berpikir ap...
a yang akan terjadi pada malam pertama kita di dalam kubur?
...Inilah fase-fase sejak malam pertama masuk ke kubur hingg 25 tahun.
#Malam pertama di dalam kubur,pembusukan mulai terjadi di daerah perut dan kemaluan.
Subhanallah,perut dan kemaluan adalah 2hal yang anak cucu adam ini saling bergulat dan menjaganya di dunia.
Setelah itu jasad mulai berubah warna menjadi hijau kehitaman.
Bisa kita bayangkan seperti saat kulit kita memar,mungkin seperti itulah perumpamaanya.
#Malam kedua didlm kubur mulailah anggota tubuh membusuk seperti limpa,hti,paru-paru dan lambung.
#Malam ketiga di kuburan mulailah anggota tubuh itu mengeluarkan bau busuk tak sedap.
#Seminggu setelahnya wajah,dua mata,kedua lisan,dan pipi mulai membengkak.
#setelah 2minggu rambut mulai rontok(bagaimana nasib rambut yg di rebonding dan di cat swdemikian cntik?)
#Setelah 15 hari ,lalat hijau mulai bisa mencium bau busuk dari jarak 5 km dan ulat juga cacing mulai menutup seluruh tubuhnya.
#Setelah 6 bulan yang tersisa hanya rangka tulang saja.
#Setelah 25 tahun rangka tubuh ini akan berubah menjadi semacam biji dan di dalam biji tersebut kita akan menemukan suatu tulang yang sangat kecil di sebut ajbudz dzanab(tulang ekor).
Dari tulang inilah kita akan di bangkitkan oleh ALLAH azza wa jalla pada hari akhir.
Beginilah akhir dari tubuh yang kita jaga selama ini.
Beginilah nasib kesudaha dari ketampanan dan kecantikan yg kita banggakan selama ini.
Inilah tubuh yg selama ini kita sombongkan,kita gunakan untuk bermaksiat,kita gunakan untuk menyakiti orang lain.
Oleh karena itu,janga biarkan usia kita sia-sia.
Gunakan jasad ini agar tetap dalam keridhoan-NYA.
Karena kematian itu sudah pasti adanya.
Wallahu a'lam bhissawab.

hakcipta terpelihara © saidi bin liasan Jan 2010