Sabtu, 3 November 2012

Tanda Tanda Menghampiri Kematian

TANDA TANDA SAAT KEMATIAN MANUSIA MENURUT ISLAM

 
100 hari : Seluruh badan rasa bergegar.

60 hari : Pusat rasa bergerak-gerak.

40 hari : Daun dengan nama orang yang akan mati di arash akan jatuh dan malaikat maut pun datang kepada orang dengan nama tersebut lalu mendampinginya sehingga saat kematiannya. Kadang-kadang orang yang akan mati itu akan merasa atau nampak kehadiran malaikat maut tersebut dan akan sering kelihatan seperti sedang rungsing.

7 hari : Mengidam makanan.

5 hari : Anak lidah bergerak-gerak.

3 hari : Bahagian tengah di dahi bergerak-gerak.

2 hari : Seluruh dahi rasa bergerak-gerak.

1 hari : Terasa bahagian ubun bergerak-gerak di antara waktu subuh and asar.

Saat akhir : Terasa sejuk dari bahagian pusat hingga ke tulang solbi (di bahagian belakang badan).

Seelok-eloknya bila sudah merasa tanda yang akhir sekali, mengucap dalam keadaan qiam and jangan lagi bercakap-cakap.

******Bila Malaikat Mencabut Nyawa******

Baginda Rasullullah S.A.W bersabda:

"Apabila telah sampai ajal seseorang itu maka akan masuklah satu kumpulan malaikat ke dalam lubang-lubang kecil dalam badan dan kemudian mereka menarik rohnya melalui kedua-dua telapak kakinya sehingga sampai kelutut. Setelah itu datang pula sekumpulan malaikat yang lain masuk menarik roh dari lutut hingga sampai ke perut dan kemudiannya mereka keluar. Datang lagi satu kumpulan malaikat yang lain masuk dan menarik rohnya dari perut hingga sampai ke dada dan kemudiannya mereka keluar. Dan akhir sekali datang lagi satu kumpulan malaikat masuk dan menarik roh dari dadanya hingga sampai ke kerongkong dan itulah yang dikatakan saat nazak orang itu."

Sambung Rasullullah S.A.W. lagi:

"Kalau orang yang nazak itu orang yang beriman, maka malaikat Jibrail A.S. akan menebarkan sayapnya yang disebelah kanan sehingga orang yang nazak itu dapat melihat kedudukannya di syurga. Apabila orang yang beriman itu melihat syurga, maka dia akan lupa kepada orang yang berada disekelilinginya. Ini adalah kerana sangat rindunya pada syurga dan melihat terus pandangannya kepada sayap Jibrail A.S."

Kalau orang yang nazak itu orang munafik, maka Jibrail A.S. akan menebarkan sayap disebelah kiri. Maka orang yang nazak tu dapat melihat kedudukannya di neraka dan dalam masa itu orang itu tidak lagi melihat orang disekelilinginya. Ini adalah kerana terlalu takutnya apabila melihat neraka yang akan menjadi tempat tinggalnya.

Dari sebuah hadis bahawa apabila Allah S.W.T. menghendaki seorang mukmin itu dicabut nyawanya maka datanglah malaikat maut.Apabila malaikat maut hendak mencabut roh orang mukmin itu dari arah mulut maka keluarlah zikir dari mulut orang mukmin itu dengan berkata:

"Tidak ada jalan bagimu mencabut roh orang ini melalui jalan ini kerana orang ini sentiasa menjadikan lidahnya berzikir kepada Allah S.W.T." Setelah malaikat maut mendengar penjelasan itu, maka dia pun kembali kepada Allah S.W.T. dan menjelaskan apa yang diucapkan oleh lidah orang mukmin itu. Lalu

Allah S.W.T. berfirman yang bermaksud:

"Wahai malaikat maut, kamu cabutlah ruhnya dari arah lain." Sebaik saja malaikat maut mendapat perintah Allah S.W.T. maka malaikat maut pun cuba mencabut roh orang mukmin dari arah tangan. Tapi keluarlah sedekah dari arah tangan orang mukmin itu, keluarlah usapan kepala anak-anak yatim dan keluar penulisan ilmu. Maka berkata tangan: Tidak ada jalan bagimu untuk mencabut roh orang mukmin dari arah ini, tangan ini telah mengeluarkan sedekah, tangan ini mengusap kepala anak-anak yatim dan tangan ini menulis ilmu pengetahuan."

Oleh kerana malaikat maut gagal untuk mencabut roh orang mukmin dari arah tangan maka malaikat maut cuba pula dari arah kaki. Malangnya malaikat maut juga gagal melakukan sebab kaki berkata:

"Tidak ada jalan bagimu dari arah ini kerana kaki ini sentiasa berjalan berulang alik mengerjakan solat dengan berjemaah dan kaki ini juga berjalan menghadiri majlis-majlis ilmu."

Apabila gagal malaikat maut, mencabut roh orang mukmin dari arah kaki, maka malaikat maut cuba pula dari arah telinga. Sebaik saja malaikat maut menghampiri telinga maka telinga pun berkata:

"Tidak ada jalan bagimu dari arah ini kerana telinga ini sentiasa mendengar bacaan Al-Quran dan zikir." Akhir sekali malaikat maut cuba mencabut orang mukmin dari arah mata tetapi baru saja hendak menghampiri mata maka berkata mata:

"Tidak ada jalan bagimu dari arah ini sebab mata ini sentiasa melihat beberapa mushaf dan kitab-kitab dan mata ini sentiasa menangis kerana takutkan Allah." Setelah gagal maka malaikat maut kembali kepada Allah S.W.T. Kemudian Allah S.W.T. berfirman yang bermaksud: "Wahai malaikatKu, tulis AsmaKu ditelapak tanganmu dan tunjukkan kepada roh orang yang beriman itu." Sebaik saja mendapat perintah Allah S.W.T. maka malaikat maut menghampiri roh orang itu dan menunjukkan Asma Allah S.W.T.

Sebaik saja melihat Asma Allah dan cintanya kepada Allah S.W.T maka keluarlah roh tersebut dari arah mulut dengan tenang.

Abu Bakar R.A. telah ditanya tentang kemana roh pergi setelah ia keluar dari jasad. Maka berkata Abu Bakar R.A:"Roh itu menuju ketujuh tempat:-

1. Roh para Nabi dan utusan menuju ke Syurga Adnin.

2. Roh para ulama menuju ke Syurga Firdaus.

3. Roh mereka yang berbahagia menuju ke Syurga Illiyyina.

4. Roh para shuhada berterbangan seperti burung di syurga mengikut kehendak mereka.

5. Roh para mukmin yang berdosa akan tergantung di udara tidak di bumi dan tidak di langit sampai hari kiamat.

6. Roh anak-anak orang yang beriman akan berada di gunung dari minyak misik.

7. Roh orang-orang kafir akan berada dalam neraka Sijjin, mereka diseksa berserta jasadnya sampai hari Kiamat."

Telah bersabda Rasullullah S.A.W: Tiga kelompok manusia yang akan dijabat tangannya oleh para malaikat pada hari mereka keluar dari kuburnya:-


1. Orang-orang yang mati syahid.

2. Orang-orang yang mengerjakan solat malam dalam bulan ramadhan.

3. Orang berpuasa di hari Arafah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Alfatihah Untukmu




pada 2 Disember 2015 satu kerja bergotong royong bersama keluarga membaiki fizikal

perkuburan mama dan anak Si Paianah yang disimen pada hari berkenaan.





Lahir Pada: 12.04.1930
[78 Tahun 2 Bulan 18 Hari]

Mmeninggal Pada: 30.06.2008

Allahyarhamah Bugong binti Kuntaba[Juriah-nama Islamnya]

Tarikh Kelahiran adalah tidak tepat,maklumlah pada masa dahulu untuk membuat kad pengenalan,main agak-agak sahaja.

Telah meninggal dunis semasa saya terlantar sakit tenat di HDOK Sandakan.Saya dalam serba salah menerima kenyataan kerana berita kematian ibu dimaklumkan oleh Faezah]adik] dan kakak saya[Painah]tiga bulan kemudian.Apa yang boleh dibuat lagi,hanya menerima hakikat dan berdoa untuk ibu tercinta.Tahun 2010 pada bulan November saya telah mengusahakan agar kuburan ibu disemen,diatapkan dan dipagar dan alhamdulillah dapat mengorbankan 1 ekor sapi untuk majlis berkenaan.



Kuburan di Kg.Koporingan Batu 4,Ranau








ALLAHYARHAM

LIASAN@GUNTING BIN GENDILIU

Mininggal Tahun 1987.

[Kuburan di Kg.Minihas,Lohan Ranau]

Genap 100 Hari

Tidak disedari bahawa pada hari ini 6 Disember 2012 telah genap 100 hari pemergian mandiang Florence Quinto Dumlao.Malam ini satu perkumpulan keluarga akan di adakan ri rumah Bali Rayan di kampung Ranpek untuk acara sembahyang.Hari untuk memanjatkan doa ini merupakan hari kenduri yang terakhir dalam kebiasaan amalan dalam semua agama.Semoga roh mandiang akan berada dalam situasi tenang dan dirahmati Tuhan.

Misteri Selamanya

Di mana kehidupan kita sebelum dilahirkan, Satu hari sebelum ibu kita mengandung kita berada di mana ?. Satu tahun sebelum kita lahir di bumi ini kita berada di mana ?. Kenapa kita datang ke bumi ini ?. Siapa yang menentukan kelahiran kita,suratan atau kebetulan ?. Tiada siapa tahu di mana kita berada sebelum lahir ke dunia ini dan ke mana kita nak pergi selepas tinggalkan dunia ini. Adakah Anda memilih kelahiran dan kematian ?. Sungguh tidak tercapai oleh pemikiran manusia tentang kewujudan dan akhirnya ketiadaan kepada yang hidup di dunia ini.
Kita berumur 50 tahun pada masa ini,sebelum 50 tahun? 100,1,000 tahun sebelum?Di awang-awangan,tiada,angin dan kosong!Kenapa, manusia ada kelahiran,kehidupan dan akhirnya mati.Dari zaman manusia dicipta , manusia sedang mencari jawapan untuk soalan-soalan sebegini tetapi jawapannya tidak memuaskan hati,masih belum dijumpai. Pelbagai jawapan telah diberikan , dari segi agama , teori , andaian , kajian secara ilmiah dan sebagainya. Para cendekiawan,ahli fikir , para guru , pendeta dan orang-orang yang telah mengenali dirinya memberi pendapat mereka secara teori dan yang penting ialah memahami pengisian dalam setiap kepercayaan mengikut ajaran Agama sahaja ada pendekatan dan gambaran yang hanya dalam kadar 2 darpada 100 benar.Bagaimana rasanya saat kematian dan mati,sakit,memedihkan,tanpa ada rasa apa pun,ibarat satu suis?Bagaimana dalam kematian alam roh seronok,penuh keindahan dan serba boleh?Sungguh menakjubkan rahsia alam dan apa yang telah direncanakan oleh Allah.jika alam mati itu lebih baik,menyeronokkan,penuh nikmat dan kehebatan,pastinya manusia ingin mati cepat kerana tidak mahu bersusah payah di dunia.Tidak boleh tidak semua manusia akan mati,tidak ada rasa takut,tidak ada cara untuk mengelak daripada kematian.Hanya masa dan penyebab kematian yang berbeza.Cepat dan lambat,sihat dan uzur itulah ruang kehadiran kematian.Yang hidup diberi masa untuk mengingat si mati dengan cara tersendiri atau kebiasaan.Mengadakan majlis berdoa atau tahlil tiga hari.tujuh hari,tiga puluh hari dan seratus hari.Selepas itu bagaimana cara dan bentuk untuk memperingati si mati,secara tahunan sebelum berakhir tahun atau sebelum Hari Raya Puas berakhir.Dengan cara memperkukuhkan tanda kubur seseorang dengan menyemen,membuatkan pondok dan sebagainya terhadap kubur orang yang hendak diingati,dengan tujuan zuriat dan waris dapat mengetahui asal usul keluarga terdahulu.

Alam Kubur

~~~~MALAM PERTAMA~~~~
 
 Malam pertama yang ingin saya sampaikan kali ini berbeda dangan malam pertama yang senantiasa kita rindukan.
 
 Pernahkah kita berpikir apa yang akan terjadi pada malam pertama kita di dalam kubur?
 
 ...Inilah fase-fase sejak malam pertama masuk ke kubur hingg 25 tahun.
 
 #Malam pertama di dalam kubur,pembusukan mulai terjadi di daerah perut dan kemaluan.
 Subhanallah,perut dan kemaluan adalah 2hal yang anak cucu adam ini saling bergulat dan menjaganya di dunia.
 Setelah itu jasad mulai berubah warna menjadi hijau kehitaman.
 Bisa kita bayangkan seperti saat kulit kita memar,mungkin seperti itulah perumpamaanya.
 
 #Malam kedua didlm kubur mulailah anggota tubuh membusuk seperti limpa,hti,paru-paru dan lambung.
 
 #Malam ketiga di kuburan mulailah anggota tubuh itu mengeluarkan bau busuk tak sedap.
 
 #Seminggu setelahnya wajah,dua mata,kedua lisan,dan pipi mulai membengkak.
 
 #setelah 2minggu rambut mulai rontok(bagaimana nasib rambut yg di rebonding dan di cat swdemikian cntik?)
 
 #Setelah 15 hari ,lalat hijau mulai bisa mencium bau busuk dari jarak 5 km dan ulat juga cacing mulai menutup seluruh tubuhnya.
 
 #Setelah 6 bulan yang tersisa hanya rangka tulang saja.
 
 #Setelah 25 tahun rangka tubuh ini akan berubah menjadi semacam biji dan di dalam biji tersebut kita akan menemukan suatu tulang yang sangat kecil di sebut ajbudz dzanab(tulang ekor).
 Dari tulang inilah kita akan di bangkitkan oleh ALLAH azza wa jalla pada hari akhir.
 
 Beginilah akhir dari tubuh yang kita jaga selama ini.
 Beginilah nasib kesudaha dari ketampanan dan kecantikan yg kita banggakan selama ini.
 Inilah tubuh yg selama ini kita sombongkan,kita gunakan untuk bermaksiat,kita gunakan untuk menyakiti orang lain.
 
 Oleh karena itu,janga biarkan usia kita sia-sia.
 Gunakan jasad ini agar tetap dalam keridhoan-NYA.
 Karena kematian itu sudah pasti adanya.
 Wallahu a'lam bhissawab.

‎~~~~MALAM PERTAMA~~~~
Malam pertama yang ingin saya sampaikan kali ini berbeda dangan malam pertama yang senantiasa kita rindukan.
Pernahkah kita berpikir ap...
a yang akan terjadi pada malam pertama kita di dalam kubur?
...Inilah fase-fase sejak malam pertama masuk ke kubur hingg 25 tahun.
#Malam pertama di dalam kubur,pembusukan mulai terjadi di daerah perut dan kemaluan.
Subhanallah,perut dan kemaluan adalah 2hal yang anak cucu adam ini saling bergulat dan menjaganya di dunia.
Setelah itu jasad mulai berubah warna menjadi hijau kehitaman.
Bisa kita bayangkan seperti saat kulit kita memar,mungkin seperti itulah perumpamaanya.
#Malam kedua didlm kubur mulailah anggota tubuh membusuk seperti limpa,hti,paru-paru dan lambung.
#Malam ketiga di kuburan mulailah anggota tubuh itu mengeluarkan bau busuk tak sedap.
#Seminggu setelahnya wajah,dua mata,kedua lisan,dan pipi mulai membengkak.
#setelah 2minggu rambut mulai rontok(bagaimana nasib rambut yg di rebonding dan di cat swdemikian cntik?)
#Setelah 15 hari ,lalat hijau mulai bisa mencium bau busuk dari jarak 5 km dan ulat juga cacing mulai menutup seluruh tubuhnya.
#Setelah 6 bulan yang tersisa hanya rangka tulang saja.
#Setelah 25 tahun rangka tubuh ini akan berubah menjadi semacam biji dan di dalam biji tersebut kita akan menemukan suatu tulang yang sangat kecil di sebut ajbudz dzanab(tulang ekor).
Dari tulang inilah kita akan di bangkitkan oleh ALLAH azza wa jalla pada hari akhir.
Beginilah akhir dari tubuh yang kita jaga selama ini.
Beginilah nasib kesudaha dari ketampanan dan kecantikan yg kita banggakan selama ini.
Inilah tubuh yg selama ini kita sombongkan,kita gunakan untuk bermaksiat,kita gunakan untuk menyakiti orang lain.
Oleh karena itu,janga biarkan usia kita sia-sia.
Gunakan jasad ini agar tetap dalam keridhoan-NYA.
Karena kematian itu sudah pasti adanya.
Wallahu a'lam bhissawab.

hakcipta terpelihara © saidi bin liasan Jan 2010